
najwanur98
2 tahun
Masalah apa yang sedang saya alami
Hi doktor.
Saya gadis yang berumur 21 tahun dan bekerja sebagai guru tadika. Sejak tahun lepas, saya mengalami beberapa masalah yang saya kurang pasti. saya mula merasakan yang saya selalu berasa sedih tanpa sebab. Saya sering menangis tanpa sebab. Kadang2 saya akan berasa sangat gambira. Pernah suatu hari saya rasa bersemangat untuk memulakan kerja saya tetapi akhirnya saya menangis kerana tidak mahu turun bekerja. saya sendiri tak faham apa yang berlaku. sejak tahun lepas juga saya mengalami masalah haid tidak teratur. kadang2 saya akan mengalami haid selama sebulan, 2minggu. saya pernah berjumpa doktor tapi keputusan doktor mengatakan cuma hormon. sejak akhir2 ini saya selalu berasa takut yang melampau tanpa sebab, kadang2 saya akan menggigil ketakutan. saya juga mengalami masalah sukar untuk bercakap dengar orang luar. di tempat kerja, saya jarang bercakap. saya juga pernah menangis secara tiba2 dihadapan penyelia saya kerana dia menyoal saya mengenai mengapa saya sering datang lambat ke tempat kerja. apakah masalah yang sedang saya alami doktor.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan/keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih
Konsultasi anda dengan doktor kami adalah PERCUMA jika anda merupakan ahli Peduli Sihat.