
vijayantaran25
5 tahun
Masalah atas kulit kemaluan
Doc. Saya lelaki…tpi bintik2 yg ada pada atas kemaluan ni I rse gatal pa’s tu bintik u bertambah Di bahagian bawa kemaluan atas kepala kemaluan… Mmg pissed off I don’t knw what to do actually

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, bintik putih yang gatal di kemaluan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kulat pada zakar (tinea versicolor, pityriasis versicolor, kandidiasis)
- Jerawat pada zakar
- Fordyce spots
- Tindakbalas alahan
- Jangkitan kelamin seperti Herpes Simplex
Seandainya gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu kondisi kulit anda secara fungsional mahupun kosmetik, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.