
Sulit
3 tahun
Masalah bagi kehamilan
kami telah melakukan seks melalui jalan belakang, tanpa melakukan penetrasi di kemaluan wanita( vagina) , dan wanita tersebut masih lagi dara, akhirnya saya mengeluarkan air mani diluar dan air mani mengalir terkena permukaan faraj dan segera dilap. adakah ini juga boleh menyebabkan kehamilan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami persoalan anda mengenai kemungkinan untuk hamil jika pancut luar.
Berdasarkan keterangan di atas, kemungkinan untuk pasangan anda mengandung masih ada walaupun anda tidak pancut ke dalam. Hal ini kerana terdapat kemungkinan sperma boleh didapti dalam cecair pre-cum (air mazi).
Untuk mendapatkan kepastian tentang kehamilan, ujian kehamilan boleh dilakukan selepas 2 minggu pasangan anda lewat datang haid.
Sekiranya pasangan anda tidak mengambil sebarang pil kontraseptif harian atau menggunakan sebarang bentuk perancang kehamilan, pasangan anda boleh mengambil pil perancang kecemasa, dalam tempoh 72 jam selepas melakukan hubungan seksual. Pil ini tidak berkesan jika digunakan selepas tempoh tersebut.
Anda juga dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan seks yang selamat dan dengan perlindungan bagi mengelakkan jangkitan serta kehamilan yang tidk diinginkan.
Sila hubungi kami secara atas talian sekiranya anda atau pasangan mempunyai sebarang keraguan tentang perancang kehamilan.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor