Sulit
4 tahun
Masalah batang zakar mengecut
Saya lelaki berusia 21 tahun…sudah 4 hari saya mengalami batang zakar mengecut dan kelihatan kecil…selain itu semasa berlari dan penat juga saya mengalami batang zakar mengecut…apakah itu normal atau tidak? bolehkah doktor tolong apakah masalah dan bagaimana saya perlu atasinya?
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami akan cuba membantu
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, pengecutan zakar boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat ubat-ubatan
- Akibat pemakaian baju atau pakaian dalam yang ketat
- Berhenti merokok
Oleh kerana keluhan ini bersifat subjektif, sebaiknya anda berbincang terlebih dahulu dengan doktor dan kaji semula faktor risiko yang terkait dengan anda. Antara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan berat masalah adalah:
- Perbanyakkan bersenam dan berolahraga
- Amalkan hidrasi yang baik (minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari)
- Elakkan pakaian dalam yang ketat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.

































