
Sulit
4 tahun
Masalah bekas jerawat
Bagaimana cara untuk pudarkan bekas jerawat?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Sebelum anda melakukan rawatan untuk bekas jerawat, saya nasihatkan untuk anda berjumpa dengan doktor pakar kulit untuk mengetahui produk yang lebih sesuai dalam merawat bekas jerawat anda. Antara rawatan yang anda boleh cuba di rumah ialah:
- produk yang mengandungi alpha hydroxy acid (AHAs) boleh membantu pudarkan bekas jerawat
- produk mengandungi asid laktik (lactic acid)
- retinoid akan membantu meningkatkan penyembuhan sel-sel kulit
- asid salisilik mampu mengurangkan bekas jerawat, malah boleh membersihkan pori dan mengurangkan kemerahan dan bengkak
- krim pelindung matahari (sunscreen) penting untuk mencegah bekas jerawat menjadi gelap dan kelihatan lebih jelas
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Jika rawatan di rumah tidak memberikan hasil, anda boleh mendapatkan rawatan daripada doktor pakar kulit untuk rawatan seperti dermabrasion atau laser. Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang tepat untuk merawat bekas jerawat anda. Anda juga boleh klik link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.