norlailahussin
7 tahun
Masalah berkaitan haid
Saya berusia 37 tahun. Selepas melahirkan anak yang keempat dengan 3 kali secara pembedahan saya mengambil keputusan untuk menjalankan ikat rahim (BTL). Sekarang anak saya berusia 3 tahun. Masalah saya ialah haid tidak datang sejak hampir 2 bulan lepas. Tarikh haid terakhir saya adalah pada 25.05.2019. Apakah kemungkinan yang berlaku kepada saya?
7 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Secara amnya, BTL tidak akan menganggu kitaran haid anda melainkan semasa pembedahan terdapat kecederaan pada organ seperti ovari yang akan menyebabkan kitaran haid terganggu.
Namun sekiranya haid tidak datang dalam jangka masa yang lama, lakukan ujian UPT kerana dikhuatiri berlakunya kandungan di luar rahim
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.


























