
norsyazalinazamri
4 tahun
Masalah bernafas tak puas
Hi doc saya perempuan berumur 37 tahun. Saya berasa bernafas tak puas… Rasa hujung² nafas mcm ada angin… Saya juga tak batuk… Tapi bila buat² mcm batuk dada saya ada mcm bunyi… Suami kata mcm bunyi penat… Tapi saya tak penat…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Akan tetapi pihak kami perlu untuk meneroka lebih lanjut mengenai masalah anda agar kami dapat memahami gejala sebenar yang anda alami.
Akan tetapi, untuk makluman pihak anda, masalah nafas tidak mencukupi ini boleh berlaku ketika tercungap-cungap untuk bernafas setelas melakukan aktiviti atau disebabkan saluran pernafasan sempit menyebabkan pengaliran air ke dalam paru-paru tidak mencukupi. Berkemungkinan masalah ini boleh disebakan oleh:
Anemia - kurang darah merah
Penyakit Asma
COPD: Masalah paru-paru sempit
Alahan
Penyakit jantung koronari
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor sekiranya masalah anda berlanjutan atau sangat menganggu aktiviti harian anda.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.