
Sulit
4 tahun
Masalah bintik putih pada kemaluan
Saya perempuan berumur 23 tahun dan belum pernah melakukan hubungan seks, mempunyai kitaran haid yang normal, masalah saya ialah terdapat sekumpulan bintik putih pada kemaluan dan ianya tidak gatal dan tidak sakit. Apakah jalan penyelesaian untuk masalah saya ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu bintik putih pada kemaluan. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai penyebab. Secara umum, antara penyebabnya ialah:
- Variasi kulit yang normal pada faraj
- Jangkitan kulat pada faraj (tinea versicolor, pityriasis versicolor, kandidiasis)
- Jerawat pada faraj
- Tindakbalas alahan
- Jangkitan kelamin seperti Herpes Simplex
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.