Anonymous

5 tahun

Masalah bintik2 putih di vagina

Saya wanita yg berumur 27 tahun dan sudah berkahwin. Sebelum saya bercerita lebih lanjut, saya dapati saya tidak haid selama 5 bulan. Saya tidak mengandung. Masalah ni membuatkan saya runsing. Saya sudah mengalami masalah pada bahagian vagina sejak 6hb Julai sehingga sekarang dimana saya mendapati vagina saya tiba2 keluar biji2 putih dan semakin hari makin bertambah, membengkak dan kemerahan. Ia sangat menyakitkan dan sangat pedih ketika membuang air kecil dan membilas di kawasan tersebut. Pada permulaannya ada lelehan cecair yg berwarna kekuningan dan disertai sedikit darah dan ada mengeluarkan bau yg tidak menyenangkan. Saya ingatkan saya nak haid tetapi tidak sebab sebelum ni pun pernah terjadi begini pada saya tetapi tidak seteruk sekarang. Sekarang saya perlu kerap menukar pantyliner disebabkan lelehan cecair tersebut. Apabila cecair itu keluar tiba2 biji2 kecil muncul di bahagian tepi vagina tetapi sekarang ia merebak ke bahagian kelentit, anus dan celah2 peha.bintik2 ni juga ada menyebabkan rasa gatal2. Apakah masalah sebenar saya doktor?

Dr Ramzdhan,

5 tahun

Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 28-38 hari dan berlangsung selama sehingga 8 hari. Haid dapat dikatakan lewat apabila kitaran haid seterusnya datang lebih lambat daripada 38 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Masalah ovulasi
  • Fibroid dan polip
  • Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
  • Gangguan pendarahan
  • Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
  • Keguguran
  • Kehamilan ektopik
  • Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim

Merujuk kepada keluhan tambahan puan yaitu keluar biji-biji putih, vagina bengkak, kemerahan sakit kencing dan lelehan cairan; hal ini boleh disebabkan oleh jangkitan vagina antaranya:

  • Jangkitan kandida (sejenis kulat)
  • Bacterial vaginosis
  • Chlamydia trachomatis
  • Gonorrhea
  • Trichomonas vaginalis

Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih

kevin-laminto-G2a3W7T3Zfk-unsplash
Photo by kevin laminto

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)