
serolnuar
4 tahun
Masalah buah pinggan bocor
Saya mengalami masalah kesihatan buah pinggan bocor…makanan apa yang tidak boleh saya makan…adakah saya kena jaga tahap potassium dalam pemakanan

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Hindari pengambilan sebarang produk makanan tambahan tanpa merujuk doktor dan henti mengambil sebarang produk lain yang tidak pernah disarankan oleh doktor.
Makan makanan yang kurang garam, gula, pengawet, perwarna tiruan dan bahan kimia lain. Kurangkan pengambilan protein dan sentiasa rajin bertemu doktor yang menjaga anda bagi berbincang lanjut mengenai diet yang tepat dari masa ke semasa.
Anda juga boleh bertemu pakar pemakanan bagi mendapat senarai yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.