Sulit
3 tahun
Masalah buang air besar berdarah
Hi Doctor, Saya Nur Rabiatul 26tahun, ingin bertanya semasa saya
membuang air besar saya yang terlihat ada darah merah menitikkeluar dari
bahgian dubur saya, mula nya saya ingatkan saya datang bulan,
tetapi bila saya cuba check nya sendiri dengan menekan bahgian lubang dubur saya gdarah itu memang keluar dari dubur saya. selepas saya cuci saya dapati dubur saya ada terasa sakit sedikit, tetapi ia berlaku semasa saya ingin membuang air besa sahaja.
bila saya ingin membuang air kecil saya cuba untuk periksa semula dengan menekan
mengunakan tisu tiada darah pula. dan masuk hari kedua
saya ingin membuang air besar semula semasa tengah
membuang darah itu menitik semula seperti darah haid.
Jadi boleh doctor terangkan apa masalah saya dan macam mana saya ingin mengatasinya. Terima kasih…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pendarahan akibat luka pada dubur biasanya akibat sembelit atau cirit birit yang kerap
- Buasir
- Pendarahan dari usus besar akibat masalah seperti radang usus
- Rectal ulser
- Masalah pendarahan
- Kanser usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.