
draihana87
6 tahun
Masalah buasir semasa hamil
Hi,
Saya wanita mengandung (34 minggu). Beberapa hari yang lepas saya mendapati terdapat benjolan kecil keluar dari dubur saya semasa membuang air besar. Dan ia berasa amat pedih dan tidak selesa untuk menjalankan akctiviti harian saya.
Soalan saya:-
- Bagaimanakah cara untuk mengecutkan buasir?
- Adakah bahaya bagi ibu mengandung jika berlakunya pendarahan pada dubur?
- Adakah ia selamat untuk saya melahirkan bayi secara normal?
- Adakah perkara ini akan berulang lagi kelak?
Sekian.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman pihak puan, masalah buasir adalah biasa berlaku dalam kalangan ibu mengandung. Masalah ini berlaku kerana meningkatnya tekanan di dalam abdomen.
Bagi merawat masalah ini, anda amat disarankan untuk merujuknya kepada doktor bagi mendapatkan ubat yang sesuai bagi anda dan kandungan. Pendarahan yang berlarutan boleh menyebabkan kekurangan darah merah dan ini boleh memudaratkan. Untuk mengetahui risiko kelahiran dan masalah buasir anda disarankan untuk berbincang dengan doktor. Buasir boleh berulang, namun risiko boleh dikurangkan dengan langkah seperti:
- Perbanyakkan makanan serat
- Banyak minum air
- Elakkan mengangkat beban berat
- Rawat batuk berpanjangan
Untuk maklumat lanjut klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih