
monirsalleh190
5 tahun
Masalah cara mengambil ubat perancang marvelon
Saya rsa tak yakin nak ambil ubat ni sbb sy tak tau dri mana sy harus star makan ubat ni…saya hbis period hari ahad dan mlam trsebut harus makan ubat perancang…tp saya tak tau mana nak start sbb ada 2 ahad di ubat tersebut

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor…
Untuk pengetahuan puan, 1 strip pil perancangmempunyai 21 tablets, di mana ia harus diambil setiap hari. Sebaiknya pil pertama haruslah diambil pada hari pertama anda datang haid bulan tersebut. Pil yang seterusnya haruslah diambil setiap hari pada masa yang sama untuk memastikan keberkesanan pil perancang mengelakkan kehamilan. Kemudian, anda akan berehat selama 7 hari sebelum mulai makan strip baru.
Akan tetapi, apabila anda memulakan pil midcycle (bukan hari pertama haid), anda berisiko kehamilan dan sebaiknya menggunakan kaedah perancang tambahan sehingga mereka mengambil pil itu selama sekurang-kurangnya 7 hari berturut-turut. Untuk lebih berhati-hati, sebaiknya puan menggunakan satu lagi jenis birth control seperti kondom pada bulan pertama mula makan pil perancang.
Untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya mengenai pil perancang, anda amat disarankan untuk merujuk persoalan ini kepada doktor kami. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.