
Sulit
3 tahun
Masalah Carpal tunnel syndrome
Saya 22 tahun, baru2 ni dapat ubat prednisolone dan dos saya kena ambil 6 biji sehari dalam masa 5 hari. Tapi saya salah faham, saya ingt ubat ni 1 biji sehari je dan hari ketiga baru saya perasan kena makan 6 biji. Jadi saya perlu teruskan makan prednisolone ni 6 biji sehari ke hari seterusnya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, Prednisolone adalah ubat yang boleh mengurangkan kadar bengkak pada tisu atau organ. Ia amat membantu dalam penyakit Carpal Tunnel Syndrome.
Kami menyarankan agar masalah ini dirujuk kepada doktor anda atau doktor kami secara atas talian. Hal ini kerana, tiada maklumat lengkap mengenai dos ubat tersebut, peringkat keterukan penyakit serta sejarah kesihatan anda. Kami juga menyarankan agar pada masa akan datang anda mengambil ubat mengikut arahan yang sepatutnya.
Harap jawapan kami membantu anda.
Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.