
Sulit
4 tahun
Masalah cecair dari faraj
hai doc, saya berumur 23 tahun, sudah berkahwin. saya mempunyai masalah faraj saya mengeluarkan cecair berwarna putih sedikit kekuningan dan berbau amat busuk seperti bau nanah. saya tidak mempunyai rasa sakit atau gatal2 buat masa sekarang. masalah ini bermula sejak saya period bulan ni. sebelum masalah ini berlaku, faraj saya mengeluarkan ketulan berwana putih seperti ketulan tepung, lelehan yang berwarna putih yang banyak tapi tidak berbau, dan rasa gatal yang amat pada dalam faraj saya. apakah cara saya untuk menghilangkan bau busuk ini doc ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu keluar cecair berwarna putih dan berbau busuk daripada kemaluan. Untuk makluman anda, gejala seperti ini atau keputihan berbau boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- jangkitan bakteria, parasit, dan yis
- ketidak seimbangan hormon
- gaya hidup yang tidak sihat
- masalah kesihatan
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan. Bagaimanapun, kaedah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan keputihan.
- Sentiasa menjaga kebersihan faraj dan elakkan bahan cucian yang menganggu kestabilan pH faraj
- Elakkan daripada melakukan seks rambang tanpa perlindungan
- Elakkan pengambilan ubat ataupun antibiotik secara berpanjangan tanpa pengawasan doktor.
- Sentiasa menukar tuala wanita ketika datang haid
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih