
Anonymous
5 tahun
Masalah cepat pancut dan zakar terlalu sensitif
Saya lelaki berumur 34 tahun dan sudah berumah tangga. Masalah saya ialah saya cepat pancut ketika bersama isteri saya. Zakar saya juga terlalu sensitif. Cepat berasa geli. Zakar saya juga tidak terlalu tegang dan keras. Jika keras pun tidak lama. Boleh saya tahu cara untuk mengatasi dan merawat masalah saya ini. Terima kasih doktor.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan tuan, gejala mati pucuk ini boleh berlaku disebabkan beberapa faktor seperti:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar seperti darah tinggi, kencing manis dan lain-lain
Bagi mengatasi masalah ini, anda boleh amalkan beberapa langkah seperti:
- Amalkan gaya hidup sihat
- Kurangkan berat badan
- Elakkan merokok
Terdapat ubat-ubatan yang boleh diambil namun pemeriksaan oleh doktor adalah diperlukan agar tiada sebarang kontra-indikasi kepada anda. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.