pete925777
6 tahun
Masalah dada turun naik seperti di tekan jantung
doc. sya berumur 31 tahun… 2 hari lepas dada sya sebelah kiri terangkat2/ turun naik macam irama jantung… bila tekan turun naik tu… sya akan terasa sakit bahagian belakang jugak sebelah kiri… apa yng mungkin menjadi penyebabnya doc.trima kasih
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Postur yang tidak betul ketika tidur
- Tergeliat atau terseliuh
- Kecederaan pada otot, saraf atau tulang sekitar dada.
Adakah anada mempunyai simptom sesak nafas ?
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

































