Sulit
4 tahun
Masalah dalam hubungan seks
saya wanita berumur 36tahun…suami berumur 39tahun…sudah berkahwin 4tahun,masalahnya,suami ada masalah dlm hubungan,dari kami kawen kami tak pernah bersama sbb masalah kemaluannya mengeras sikit dia ada masalah utk masukkan…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah suami anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah suami anda. Antaranya adalah:
- Usia yang semakin meningkat
- Kadar hormon lelaki yang rendah
- Masalah saraf
- Gangguan saluran darah di kemaluan
- Masalah psikologi
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk suami anda kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
































