
Anonymous
5 tahun
Masalah dalam memilih skincare
Orang kata skincare tu wajib untuk menjaga kulit muka,contoh skincare yang wajib : cleanser,toner,serum,moisturizer,sunblock ,tetapi saya pernah terbaca ada yang mengatakan memakai terlalu banyak skincare tak elok untuk kulit muka,jadinya saya keliru skincare yang manakah yang wajib dipakai untuk memastikan kulit sentiasa sihat? Harap doktor dapat terangkan secara lebih lanjut mengenai hal ini.

6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Cara untuk menjaga kulit muka adalah :
• Cuci muka anda sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan pencuci muka yang lembut
• Elakkan daripada menggunakan kosmetik yang berasakan minyak
• Pilih pencuci muka atau serum yang sesuai
• Amalkan pemakanan sihat
• Bersenam untuk membaiki pengaliran darah ke muka
• Kurangkan stress dan mengamalkan teknik relaksasi
• Elakkan daripada menyentuh muka dan jangan picit jerawat yang tumbuh
• Eksfoliasi muka anda 2-3 kali seminggu menggunakan berus muka, scrub ataupun “facemask” untuk mengurangkan parut
• Gunakan krim pelindung matahari untuk mengelakkan parut
• Gunakan produk yang mengandungi minyak “tea tree”, AHA dan BHA untuk kuli yang berminyak
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yg sesuai, maklumat lanjut adalah diperlukan. Oleh itu, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami.