hana.khairi
4 tahun
Masalah Darah rendah
Saya berumur 37 tahun didiagnos darah rendah sejak 2 Hari Yang lalu. Badan melayang Dan berpusing. Ada tak sebarang pil untuk darah rendah?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) bercakap dengan doktor.
Tekanan darah yang normal untuk umur anda adalah 110 - 139 untuk tekanan darah sistolik dan 70 - 89 untuk tekanan darah diastolik. Tetapi untuk sesorang itu dikatakan menderita hipotensi, tekanan darah adalah <90 untuk sistolik dan <60 untuk diastolik.
Untuk menjawab soalan anda, kebanyakkan tekanan darah yang rendah disebabkan oleh kekurangan sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh badan.
Oleh itu, individu yang mempunyai kekurangan sel darah merah sering mengalami pening akibat kekurangan kadar oksigen di otak. Anda haruslah menggalakkan kakak anda untuk memakan makanan yang berkhasiat dan boleh meningkatkan sel darah merah seperti sayur- sayuran dan buah- buahan.
Sayur- sayuran seperti beetroot, kangkong, bayam dan sawi boleh meningkatkan bolangan sel darah merah. Kakak anda juga haruslah memakan makanan yang kaya dengan zat besi.
Zat besi boleh dikategorikan dalam dua bentuk iaitu zat besi heme dan zat besi non-heme. Zat besi heme boleh didapati dalam makanan seperti:
- Daging merah (daging lembu atau kambing)
- Ikan
- Kerang
Sementara zat besi non-heme boleh didapati dalam makanan seperti:
- Sayuran berdaun hijau
- Kekacang
- Buah-buahan seperti delima
Selain itu, kakak anda juga harus mengambil vitamin seperti:
- Vitamin C
- Vitamin B12
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami. Terima kasih.