
Sulit
4 tahun
Masalah datang bulan dan kerap sakit Bahagian belakang pinggang sebelah kiri
Salam doktor…
Saya wanita bujang berumur 27 tahun. Baru-baru ini saya adalah masalah period. Setelah 2bukan tak period. Awal bulan 1 saya period tapi darah keluar hanya 1hari sahaja. Selepas satu hari darah tiada langsung. Pada hujung bulan 30/1 saya period semula dalam kuantiti yang sangat sikit. Tapi semakin hari semakin banyak sehingga hari ini sudah 14hari darah saya masih banyak dah tiada tanda-tanda nak habis period.
Dan satu lagi,masalah saya. Saya kerap sakit pinggang di Bahagian belakang pinggang sebelah kiri. Setiap kali lepas saya mengemas rumah dan cuci tandas saya pinggang saya akan sakit sangat. Sampaikan bila saya baring saya tak dapat bangun sebab pinggang terlalu sakit dan ngilu. Boleh saya tau kenapa begitu. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid yang tidak teratur dan lambat datang haid. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa penyebab, antaranya ialah:
- Ketidakseimbangan hormon
- Gangguan stress
- Senaman yang berlebihan
- Berat badan yang tidak seimbang
- Jangkitan STI ( Sexual transmitted infection ) atau jangkitan salur kencing (UTI)
- Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Masalah tiroid. wujud bersama simptom-simptom lain seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju.
- Masalah pada organ reproduktif wanita -rahim, ovari
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa
kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit pinggang. Untuk makluman anda, masalah sakit pinggang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Otot pada pinggang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang dan pinggang
- Kemampatan cakera intervertebral
- Slip disc
- Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim. Keadaan ini adalah dianggap fisiologis dan hanya perlu diubati dengan ubat tahan sakit.
- Jangkitan pada saluran kencing dan buah pinggang yang boleh menyebabkan kepedihan sewaktu kencing.
- Endometriosis - Dalam keadaan ini, tisu dari lapisan rahim didapati di luar rahim, seperti pada ovari dan tiub fallopian, di belakang rahim, dan pada pundi kencing. Tisu ini akan berkelakuan seperti tisu rahim dan melekat-lekat sehingga menyebabkan rasa sakit.
- Adenomyosis-Tisu yang biasanya melekat pada rahim mula tumbuh di dinding otot rahim.
- Fibroid-Fibroid adalah pertumbuhan yang terbentuk di luar, di bahagian dalam, atau di dinding rahim. Fibroid yang terletak di dinding rahim boleh menyebabkan kesakitan.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah serta rawatan yang tepat, maklumat lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan. Oleh itu, seandainya sakit yang dirasakan adalah berlebihan sehingga boleh menyebabkan rutin harian dan pekerjaan anda terganggu, maka anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor di hospital atau klinik berdekatan.
Untuk mengetahui tindakan lanjut berserta rawatan kepada masalah ini, penyebabnya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, maklumat lanjut dan pemeriksaan lengkap adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!