
Sulit
3 tahun
Masalah datang bulan, dan sukar kenal pasti waktu subur
Saya berumur 27 tahun,Setiap bulan sy akn datang bulan , tapi masalah nye akn datang awal 1 minggu atau lewat 1 minggu, begitulah yang terjadi setiap bulan,ini menyukarkan sy untuk tahu waktu subur, dan sebelum ni sy datang bulan selama 6-7 hari sahaja, tapi selepas berkahwin, haid sy jadi oanjang, 10-12 hari setiap bulan, adakah normal? Atau saya ada masalah kesihatan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami kebimbangan anda terhadap kesihatan anda dan kami akan cuba untuk membantu.
Untuk pengetahuan anda, haid berpanjangan ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Tekanan
- Gaya hidup aktif
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ibuprofen/aspirin yang mencairkan darah
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui dan kebanyakan wanita alami masalah ini
Namun gejala ini juga boleh berlaku akibat kondisi yang serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut daripada doktor seperti:
- Masalah tiroid
- Kanser rahim atau serviks
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut
Kami berharap penerangan ini dapat membantu. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor