Sulit
6 tahun
Masalah Datang Wanita
Salam sejahtera. Saya mempunyai masalah datang bulan. Saya syak diri saya hamil atau mgkin kitaran haid ada masalah. Saya risau jikalau ada masalah2 lain. Last saya datang bulan adalah pada 9/6/2019. Terakhir kali saya telah brsetubuh dgn suami adalah pda 1/7/2019. Hari ini adalah 12/8/2019. So, sudah 1 bulan saya tak datang bulan. Sya tak datang bulan pun utk bulan 7 lepas. Apa masalah yg saya hadapi sbnarnya doktor? Thanks.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid lewat ini boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari seperti hipertiroid
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari
- Kehamilan
Anda boleh menguji status kehamilan anda menggunakan ujian air kencing kerana sudah lebih 2 minggu selepas persetubuhan dengan suami anda. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
























