
Sulit
4 tahun
Masalah demam dan sakit lain
Sy sedang mengalami demam dengan suhu 37.9…dalam masa yang sama saya ingin mendapatkan rawatan bagi masalah kesihatan yang lain… Bolehkah saya dibenarkan masuk dalam kawasan hospital semasa mengalami demam…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Sekiranya anda mempunyai masalah demam, anda boleh berjumpa dengan doktor di klinik berdekatan. Dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan yang kurang kesesakan dan elakkan diri daripada tempat yang dipenuhi orang.
Jika anda ingin ke hospital, pastikan anda mematuhi SOP dan mengamalkan penjarakkan yang sepatutnya. Untuk mendapat kepastian dan keterangan lanjut, anda boleh hubungi hospital yang anda ingin pergi.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu demam. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- dehidrasi
- tekanan darah rendah
- Jangkitan virus ditelinga
- Meniere’s syndrome
- Anaemia
- Kurang gula (Hypoglycaemia)
- Demam denggi atau virus lain
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut dan pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih