
Sulit
4 tahun
Masalah di alat kelamin
saya telah mengalami papules bagaiamanakah mahu merawatnya?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Melalui keterangan di atas, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, papule pada zakar berbentuk seperti mutiara bewarna keputihan merah jambu dan sering dijumpai di pangkal kepala zakar. Papule juga tidak memberikan apa-apa simptom. Penyakit lain yang nampak seperti papule ialah:
- ketuat kelamin
- fordyce spots
- penyakit kulit molluscum contagiosum
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Papule pada zakar tidak boleh dicegah dan tidak perlukan rawatan yang spesifik kerana penyakit ini tidak mendatangkan risiko atau simptom. Tetapi penyakit ini boleh menyebabkan gangguan emosi kepada pesakit dan anda boleh rawat dengan:
- cryosurgery, prosedur menggunakan suhu yang sejuk untuk memusnahkan tisu yang berkaitan
- pembedahan laser menggunakan infrared yang menggunakan haba untuk memusnahkan kulit pada papules
- radiosurgery menggunakan radiasi untuk memusnahkan kulit papule
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapatkan nasihat yang lebih sempurna. Terima kasih.