Sulit
5 tahun
Masalah di kepala kemaluan
Kenapa di kpala zakar saya jdi kedut dan tidak licin. Slepas tu sya ada ketuat di kepala zakar tetapi kecil, sya tdak prnah melakukan hbungan seks …ada cara solusi utk hilangkan kedut dan licinkn balik kpala zakar dan hilangkn ketuat…mohon sngt2…trima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, bagi mengetahui rawatan yang sesuai, puncanya haruslah diketahui. Pemeriksaan harus dilakukan untuk memastikan bahawa masalah yang anda hadapi sememangnya ketuat atau penyakit lain. Hal ini kerana, ketuat kebiasaannya merebak melalui hubungan seks. Maka terdapat kemungkinan masalah yang anda hadapi bukanlah ketuat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.



































