
haninahanina09
5 tahun
Masalah dinding rahim tebal Dan period berterusan
Saya berumur 50 tahun. Telah mengalami pendarahan sejak 2013. Saya telah me dapat nasihat pakar utk me akai alat mirena pd 2014 hingga bulan Feb 2019. Selepas bbrp bulan period saya kembali semula hingga kini Dan mengganggu tugas harian Dan emosi saya. Mohon pencerahan doktor. Teri. A kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Kami memerlukan maklumat tentang masalah pendarahan apakah yang telah anda alami; pendarahan berlebihan/berpanjangan/ tidak teratur dan macam-macam lagi.
Memandangkan masalah anda mengganggu tugas harian dan emosi anda, kami menasihatkan anda untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.