
Sulit
5 tahun
Masalah ekzema pada kaki anak saya
saya mempunyai anak perempuan berumur 9 bulan lebih,dia mengalami ekzema di kaki,cream apa yang sesuai untuk anak saya gunakan ya.terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk pengetahuan anda, ekzema boleh berlaku di mana-mana pada badan anda dan semua orang, tidak kira usia boleh menghidapinya.
Simptom yang paling ketara adalah kegatalan pada kulit yang terjejas. Kegatalan selalunya mendahului ruam yang akan terbentuk. Ruam ekzema selalunya dilihat pada kawasan muka, belakang lutut, pergelangan tangan, tangan dan kaki. Ekzema boleh juga berlaku di tempat lain.
Tempat terjejas selalunya akan menjadi sangat kering, tebal, atau rasa bersisik. Pada kulit yang cerah, tempat terjejas akan menjadi merah dan lama kelamaan akan menjadi perang.
Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan ekzema suar kembali. Antaranya, cuaca yang terlalu panas atau terlalu sejuk, pendedahan kulit pada bahan kimia tertentu dalam sabun mandi atau sabun pencuci. Ekzema juga boleh dicetuskan jika anda demam atau batuk.
Adalah dinasihatkan untuk pesakit selalu melembapkan kulit mereka dengan losyen tanpa pewangi atau emollients. Gunakan ‘cold compact’ jika anda tidak tahan gatal. Doktor anda boleh memberi anda preskripsi untuk krim atau ubat makan.
Anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.