Sulit
4 tahun
Masalah elergic seefood
Apakah ubat yang paling sesuaii untuk orang yang allergic seafood… Kalau boleh doctor tolong suggestkan ubat yang paling berkesan untuk saya… Allergic seafood sekali dengan resdung… Mata berair, hidung berair, mata merah²…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, allergy ataupun alahan adalah tindak balas sistem badan terhadap sesetengah makanan. Sementara itu, resdung pula adalah sinusitis yaitu keradangan rongga tengkorak yang biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman atau virus atau disebabkan oleh iritasi kimia atau ketumbuhan hidung.
Merujuk kepada cara untuk menangani alahan makanan, sebaiknya anda kenalpasti penyebab alahan dan elakkan memakan makanan tersebut dimasa hadapan. Selain itu, terdapat beberapa ubatan seperti ubat suntik yang dipriskripsikan oleh doktor ataupun anda boleh mendapatkan ubat antihistamin daripada farmasi berdekatan.
Sekiranya gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu kondisi kualiti hidup anda secara fungsional, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.