
Sulit
5 tahun
Masalah fibroid yang agak besar
Saya wanita bujang usia 40 tahun didiagnos ada fibroid 8x9cm…tetapi fibroid tidak mnunjukkan symptom2 kesakitan dan tidak mengganggu kitaran haid,tiada pendarahan dan sebagainya…jika sy ingin berkahwin dan ingin punyai anak apakah saranan doc…sebolehnya sy tidak mahu fibroid ini dibung …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kebiasaannya,fibroid tidak mempunyai simptom yang nyata. Namun, bergantung kepada saiz dan lokasi fibroid di dalam rahim, serta jarak fibroid daripada servik; ia mungkin akan menyebabkan gejala seperti berikut:
- Rasa senak di bahagian bawah abdomen atau tekanan pada pelvis
- Sakit atau pedih di bahagian bawah pinggang
- Sengugut (dysmenorrhoea)
- Masalah pendarahan yang abnormal
- Pendarahan antara kitaran haid (intermenstrual bleed)
- Tempoh haid yang panjang (prolonged menses)
- Darah haid yang banyak (menorrhagia)
- Masalah atau sakit ketika hubungan kelamin (sekiranya fibroid terlalu besar)
- Kencing tidak lawas atau kerap kencing (tekanan kepada pundi kencing).
- Sembelit (tekanan kepada rektum)
Lebih kurang 3% daripada penghidap fibroid mempunyai masalah kesukaran untuk hamil. Ini kerana kehadiran fibroid akan mengubah dinding rahim dan menyebabkan kesukaran untuk perlekatan embrio pada dinding rahim. Sekiranya fibroid itu terlalu besar, ia juga akan menyebabkan salur fallopian tersumbat, dan menyebabkan seseorang itu sukar untuk hamil.
Punca fibroid yang sebenarnya masih tidak diketahui, namun ia dikenal pasti dipengaruhi oleh paras hormon estrogen dalam tubuh. Oleh itu beberapa perkara boleh dilakukan untuk membantu mengawal paras hormon ini, iaitu:
- Pilih diet yang seimbang. Meditreneann diet adalah pemakanan yang disarankan kerana mengandungi banyak pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan ikan.
- Hindari rokok dan alkohol
- Amalkan gaya hidup sihat dengan memperbanyakkan senaman
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih