Sulit
5 tahun
Masalah gangguan tmj
Saya wanita berumur 20 tahun … saya mmpunyai masalah pembukaan mulut terhad. 6 bulan lepas doktor sudah beritahu saya bahawa masalah yang saya hadapi ni adalah dsbbkn tmj ttpi sy x dpt truskn rwatan dsbbkn hal ii trtentu … sekarang rahang,tlinga ,dan juga kpale sering sakit… sakit yg brtrusan …kkdang mngalami lenguh kdua ii tngn ,blakang badan dan leher …dan mudah rse letih… adakah smua ni dsbbkn tmj ? Dan mslah tmj ni brbhaya atau tdak ?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit rahang ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah sendi Temperomandibular (Temperomandibular joint disorder)
- trauma
- arthritis
- ketegangan otot
Bagi gejala lenguh badan (tangan atau bahu) pula, ia boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Diabetes atau kencing manis - penyakit ini boleh menyebabkan saluran darah ke saraf tersumbat dan menyebabkan sakit saraf
- Carpal Tunnel Syndrome atau sakit saraf bahu - akibat postur tidur atau kecederaan bahu
- Aliran darah yang tidak mencukupi - seperti saluran darah aorta mengecil (“coarctation or aorta”) atau aorta terhiris (aortic dissection)
- Trauma
- Kurang vitamin B atau kalsium
- Sakit jantung
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































