
Sulit
4 tahun
Masalah gatal dan jerawat yang timbul pada bahagian zakar dan testis sejak beberapa bulan yang lalu walaupun tidak melakukan hubungan
Saya lelaki berumur 27 tahun dan telah berkahwin. Sejak beberapa bulan yang lepas saya menghadapi gatal dan timbulnya jerawat di bahagian zakar dan testis saya. Ia tidak memberi apa-apa kesan ketika saya ereksi tapi ia membuatkan saya tidak selesa dan risau. Boleh saya tahu apa punca dan bagaimana untuk merawatnya agar hilang dan tidak berulang lagi ? Untuk makluman doktor juga saya sudah 5 bulan tidak bersama dengam isteri kerana kami berjauhan. Mohon pencerahan

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Biasanya, bintik-bintik pada zakar atau kemaluan, boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan herpes
- Jangkitan sifilis
- Jangkitan bakteria dan bernanah
- Kurang penjagaan kebersihan
- Jerawat pada kulit
Kegatalan adalah salah satu simptom yang boleh berlaku akibat punca punca yang telah dinyatakan seperti yang diatas. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah