
Anonymous
5 tahun
Masalah gatal gatal (Gegatar )
Anak sy berusia 2tahun dia mengalami gegatar xtau apa pun dah hampir seminggu apa ubat n cara saya perlu buat…tq

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kegatalan pada kulit anak anda mungkin disebabkan oleh:
- Gigitan serangga
- Cacar air (Chicken pox)
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
- Dermatitis alahan - pada debu, kain dan lain-lain
- Jangkitan kulat atau kurap
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.