Anonymous
6 tahun
Masalah Gatal pada kemaluan
Sy wanita baru mengalami masalah kegatalan pada dinding sekitar luar vagina… Dan sudah cuba basuh dengan air panas dengan air garam… Tp tiada perubahan malahan bertambah teruk kemerahan dan pedih, boleh saya tahu ubat antibiotics yg berkesan utk dimakan atau diminum… Atau perlukah sy mengambil injection matikan kuman… Sy perlukan nama ubat
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Masalah kegatalan pada kemaluan anda ini boleh disebabkan beberapa punca seperti:
- Penggunaan estrogen secara ubat makan
- Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
- Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah
- Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
- Menghidap penyakit kelamin seperti klamidia
Antara langkah-langkah mengurangkan gejala kegatalan yang anda alami, anda boleh:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat atau antibakteria
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Elakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi ataupun air garam
- Kerap tukar pakaian dalam anda
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) atau pun pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































