
Anonymous
5 tahun
Masalah haid berlanjutan
Sy wanita berusia awal 30an.sebelum ini haid sy normal 6-7 hari.tetapi kali ini berlanjutan.ini hari ke 15…on off dan sedikit.warna merah gelap.adakah ia normal?
Sy br 1tahun 2 bln melahirkan bayi ke 3

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan perdarahan haid yang berpanjangan termasuk:
- Dysfunctional uterine bleeding atau DUB (punca paling biasa)
- Fibroid, sejenis ketumbuhan otot dari dinding rahim
- Polip di rahim atau serviks
- Radang pelvis kronik atau pelvic inflammatory disease
- Hipotiroid, iaitu rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
- Barah di pintu rahim atau dinding rahim
- Sistem bekuan darah yang tidak normal
- Penggunaan IUCD atau intrauterine contraceptive device
- Penggunaan ubatan hormon atau ubatan cair darah (contohnya warfarin)
Gangguan hormon sering menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur dan perdarahan haid yang berpanjangan. Gangguan hormon ini juga boleh menyebabkan senggugut. Kondisi ini dikenali sebagai dysfunctional uterine bleeding atau DUB. DUB merupakan sejenis diagnosa eksklusi.
Maknanya, doktor seharusnya telah menjalankan pemeriksaan dan ujian yang secukupnya untuk memastikan tiada punca lain yang menyebabkan perdarahan haid berpanjangan selain gangguan hormon.
Sila berbincang dengan doktor kami untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih