
Sulit
4 tahun
Masalah haid berterusan san berketul
Saya wanita 23 tahun dan masih belum berkahwin. Haid saya tidak teratur dan jarang datang hingga ke 4 bulan. Bila datang haid, ia keluar dengan sangat banyak dan berketul. Sekarang , haid saya masih berterusan. Darah tidak menentu, kadang banyak, kadang keluar sikit tapi berketul…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Berat badan: Berat badan berlebihan boleh mengganggku kitaran haid
- Tekanan emosi atau stres
- Jadual kerja atau aktiviti harian yang terlalu padat
- Ketidakseimbangan hormon
- Masalah kelenjar pituitari atau tiroid
- Penggunaan ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Kami galakkan anda untuk merekodkan kitaran dan aliran haid anda di dalam diari atau aplikasi telefon pintar untuk menjadi rujukan anda dan doktor pada masa hadapan.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.