
Anonymous
5 tahun
Masalah haid cecair coklat
Hi dr. Saya nak tanya. Saya habis haid pada 14hb then starting from 22/23hb mcm tu ada cecair coklat keluar sometime with darah. Adakah itu darah haid yang masih tertinggal? Dan apa perlu saya buat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk pengetahuan anda, selalunya masalah ini adalah masalah yang biasa dialami oleh golongan wanita yang masih muda disebabkan oleh gangguan hormon. Selalunya, tiada rawatan yang diperlukan kecuali keadaan ini berulang setiap bulan dan menganggu aktiviti harian anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.