
nora94mj
5 tahun
Masalah haid dan berpanjangan
Saya berumur 25 tahun dan saya mengalami haid yang berpanjangan. Sejak 3 4 tahun lepas saya selalu datang haid tidak normal contoh dalam sebulan akan datang 2 3 hari haid slps itu stop 2 hari slps tu akn dtg kembali haid dan haid selalunya keluar sedikit dan kadang2 berwrna merah atau coklat. Sejak raya haji tahun lepas saya mengalami demam panas selama 4 hari dan ketika itu haid keluar dgn sgt banyak dan selepas itu haid saya x prnh berhnti sehingga 2 minggu yg lalu. Sepanjang tempoh tersebut saya tidak mengalami sebarang kesakitan pada rahim dan sebagainya. Dan kalau diikutkan kitaran haid saya sepatutnya sudah 4 hari haid pada wktu ini tpi tiada darah yg keluar hanya lendir putih dan coklat sahaja pada pad. Adakah saya mengalami masalah yg serius dan perlu berjumpa doktor atau ia nya normal kerana saya jarang keluar darah haid sebelum ini ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 - 8 hari. Kitaran haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid seterusnya datang lebih lambat dari 38 hari atau lebih cepat daripada 24 hari atau berlangsung lebih 8 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.