Sulit
4 tahun
Masalah haid dan kadang kadang tak datang selama berbulan atau hampir setahun
Saya ada masalah haid dan saya telah pergi check, doktor kata ini semua kerana berat badan saya yang lebih 100kg+. Doktor suruh saya makan Diane 35. Adakah pil Diane 35 elok untuk datang kan haid semula? Berapa kali pil Diane 35 saya perlu makan untuk normalkan haid saya semula seperti biasa?
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan dan kebimbangan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Kitaran haid yang tidak teratur dialami apabila jarak antara haid anda kerap berubah. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca berlakunya haid tidak teratur. Punca utama ialah:
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
- Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
- Penggunaan ubat tertentu
- Senaman yang tidak mematuhi garis panduan
- Masalah organ wanita - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
- Penyusuan
- Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Pil hormon sememangnya merupakan salah satu rawatan pilihan yang boleh digunakan pada gangguan kitaran haid wanita. Namun, untuk mengetahui jumlah dos dan kaedah penggunaan pil hormon tersebut, adalah lebih baik anda berkonsultasi semula dengan doktor anda sebelum ini, kerana mereka lebih mengetahui kondisi kesihatan anda secara menyeluruh.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.



























