
Sulit
4 tahun
Masalah haid dan kerap letih tanpa sebab
saya berumur 20 tahun, sebelum ni saya keluar haid dgn biasa tiada masalah, tpi baru2 ini sudah 2 bulan haid saya tiada seperti cecair biasa tetapi ketulan darah yang besar2, bukan itu sahaja, sudah setahun lebih saya mengalami letih yg teramat kerap di usia muda walaupun dpt tidur mencukupi, letih tanpa berbuat apa juga dan kerap mengantuk serta kerap menguap setiap bebrapa minit , dan sering sakit kepala, boleh saya tau kenapa? rambut saya juga gugur dgn sangat terlampau banyak dlm segenggam tangan lebih dari setahun lagi… apa punca ya? adakah itu semua tanda saya akan alami penyakit serius?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk sakit kepala, puncanya adalah:
Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
Migrain
Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendada
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. doctoroncall.com.my/patient?utm_source=forum-ask&utm_medium=interlinking&utm_campaign=forum-calldoctor#/signup) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.