
flela682
5 tahun
Masalah haid dan rahim kembang
Assalam / hye doktor … Saya dlm umur 26 tahun bru berkahwin dlm tahun ni . Saya mempunyai masalah haid dan pada masa yg sama senggugut kuat ketika dtg haid . Dri saya bujang lagi kalau datangnye haid dan ade nye senggugut .Tapi bila sya dah berkahwin ini kali pertama sya hadapi haid berpanjangan dlm masa 2 minggu kemudian saya jmpe doktor dlm 3 bulan lepas utk rawatan mslh haid dan diberi ubat utk stopkn haid tp sbnrnye sya mengalami bleeding selepas dtg haid .Bila saya mkn ubat utk stop haid selang beberapa hari bleeding sya dtg semula . Nak dikatakan satu hari sya tukar pad 4/5 kali . Bleeding saya dtg dlm masa 5/6 hari mcm tu la tetapi doktor ada beri carta period utk senang sya tandakan ketika sya dtg haid / dtg bleeding . Lepas sebulan lebih haid kembali normal.
Lepas habis dtg haid dlm 5 hari dan dlm seminggu lebih , pinggang kanan sya terasa sakit sgt dan terus bawa ke rahim saya sehinggakan saya x boleh tido dan tidak berasa selesa . Sakit pinggang saya hadap dah 4/5 hari. Pagi ni saya ke hospital utk tahu lebih lanjut punca sebaliknya dan kemudian doktor dah buat pemeriksaan . Doktor memberitahu saya apa yg dilihat ialah masalah rahim saya kembang dan boleh mengundang ke kanser . Sekarang rahim kembang berada ditengah2 dan Doktor juga ada ambil darah di rahim saya utk bawa sampel darah ke makmal . Tapi saya ada diberi ubat hormone .
Boleh doktor terangkan punca masalah saya hadapi utk kali pertama .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami tidak boleh mengulas lebih lanjut tanpa laporan kesihatan yang lengkap.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.