
Anonymous
5 tahun
Masalah Haid(Light Period)
Salam Doktr… Saya berumur 19tahun dan saya seorang pelajar. bulan ni dah masuk 2bulan saya alami darah haid yang sedikit, tapi dalam masa yang sama saya alami senggugut seperti bulan2 yang lepas. Adakah normal masalah yang saya alami dengan umur saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama sehingga 2-8 hari. Sebetulnya, yang anda maksudkan dengan haid sedikit adlah agak subjetif. Sebaiknya anda jelaskan tempoh haid anda dengan menghitung berapa hari.
Seandainya haid tidak normal, kondisi ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.