
Sulit
4 tahun
Masalah haid tidak datang selepas saya bersalin
salam saya miera… sudah berkahwin dan mempunyai 1org anak berumur 6bulan… saya ingin menanya . saya ada bersama dengan suami tetapi buang diluar. boleh jadi ke saya mengandung sebab sebelum saya mengandung yang pertama ni saya period teratur xpernah miss bulan pun…sekarang selepas saya beranak period saya sudah tak datang lagi sampai sekarang 1/3/2021 ni … so saya ada check upt and result nye naik double line(positif) …so adakah kalau sebab hormon boleh menjadi double line dekat upt tu atau memang saya mengandung? . walhal saya bersama xpernah buang didalam … saya xda amik perancang apa2 pun hanya rancang sendiri sahaja…terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang haid lewat.
Untuk makluman anda, selain daripada hamil, haid lewat juga boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Anda boleh melakukan ujian kehamilan sekali lagi setelah dua minggu lewat haid daripada tarikah sepatutnya.
Untuk mendapatkan keputusan UPT yang optimum, anda boleh cuba
- Lakukan ujian di awal pagi atau air kencing pertama hari tersebut
- Membaca arahan UPT kit dengan teliti kerana setiap syarikat mengeluarkan kit yang berbeza dan arahan yang berbeza
- Lakukan ujian selapas 2 minggu anda tidak datang haid mengikut kalendar anda
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.