
Sulit
4 tahun
Masalah haid tidak lancar
saya berumur 25tahun selalu mengalami masalah haid tidak lancar. darah tidak keluar sedangkan haid baru hari ketiga. darah akan tersangkut didalam dan perlu dikorek untuk dikeluarkan darah tersebut. bagaimanakah cara untuk saya mengatasi masalah saya ini?
ada petua mengatakan kapsul lada hitam membantu melancarkan haid saya yang tersumbat didalam rahim. tapi saya belum cuba. apa pendapat dr? sekian. tkasih.

4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid tidak teratur. Ianya mungkin suatu yang normal bagi para wanita untuk mengalami haid yang tidak teratur sekurang-kurangnys sekali dalam kehidupan mereka. Namun, haid yang tidak teratur juga boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan, antaranya ialah:
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
- Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
- Penggunaan ubat tertentu
- Senaman yang tidak mematuhi garis panduan
- Masalah perubatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!