Sulit
6 tahun
Masalah haid tidak menentu
Saya wanita berumur 22 tahun. Haid pertama saya dtg pada umur 12 tahun. Selepas itu setiap kali haid, darah keluar dalam kuantiti yg sedikit. Seolah sehari keluar setitik atau segaris sahaja. Warna darah pula seperti coklat. Perkara ini berlanjutan sehingga sekarang. Namun sejak 2 tahun kebelakangan ini darah haid saya tidak menentu. Kuantiti tetap sama namun mengambil masa lebih drpd seminggu utk kering. Adakah kitaran sy bermasalah? Adakah sukar utk hamil pada masa akan dtg? Adakah ini normal atau saya perlu berjumpa dengan doktor?
Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Haid tidak teratur adalah apabila haid datang lebih cepat dari 24 hari atau lebih lambat daripada 38 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Merujuk kepada pertanyaan anda, sebetulnya ketidaksuburan dapat terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Ia tidak dapat dikenalpasti daripada kitaran haid seorang wanita sahaja. Antaranya hal yang lazim menjadi penyebab ketidaksuburan adalah:
- kekurangan ovum atau ovulasi yang tidak teratur
- masalah organ-organ pembiakan seperti bentuk rahim
- masalah hormon
- parut atau sumbatan tiub fallopian
- akibat jangkitan jangkitan kelamin (STI)
- akibat endometriosis yaitu apabila tisu rahim tumbuh diluar rahim
- masalah luar sistem pembiakan seperti kelenjar tiroid, kelenjar pituitari
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



























