
Sulit
4 tahun
Masalah haid tidak teratur dan cuba utk kluar dari masalah ini
Sya berumur 23 berkahwin, bolehkah sya consume pill perancang utk menstabilkan haid sya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, pil perancang merupakan antara salah satu cara untuk mengawal kitaran haid yang tidak teratur. Tetapi sebelum anda mengambil pil tersebut, kami sarankan anda untuk berjumpa pemeriksaan terlebih dahulu kerana pil perancang tidak dapat diambil oleh sesetengah orang.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Selain pil perancang, terdapat beberapa cara lain yang boleh digunakan untuk mengawal kitaran haid anda:
- Mengambil suntikan depo
- Mengurangkan berat badan dan kerap bersenam; berat badan yang normal dan kerap bersenam dapat mengawal kitaran haid
Anda masih risau tentang haid tidak teratu? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Jika anda mempunyai pertanyaan lain, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk konsultasi secara atas talian bersama dengan doktor kami. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.