
Sulit
5 tahun
Masalah Haid Week per week
Saya wanita berumur 32 tahun dan mempunyai 2 orang anak… Selepas melahirkan anak ke dua pada 22.2.2019, haid saya teratur dan telah mengambil perancang secara bersuntik pada Mei 2019 sehingga kini… Namun sejak bulan oktober 2019 ini, haid saya selang seminggu iaitu pada 07/10 then 21/10 then 04/11… Selain itu, pada bulan yg sama juga sya mengalami kaligata sehingga kini… Saya runsing dgn masalah ini… Adakah masalah ini disebabkan oleh Perancang yang saya ambil… kerana saya baru amik 2x suntikan… Suntikan pertama saya mengalami masalah lain pla…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, suntikan perancang Depo-Provera® boleh memberikan kesan sampingan berupa:
- Haid tidak teratur - tempoh haid yang lebih lama atau lebih pendek, haid yang lebih berat atau lebih ringan
- Kehilangan haid (semakin lama anda mendapat suntikan Depo-Provera®, semakin besar kemungkinan untuk anda tidak akan mempunyai haid sama sekali)
- Berat badan (wanita mendapat kira-kira 5 paun setiap tahun untuk 3 tahun pertama). Tetapi anda boleh membantu mengekalkan berat badan anda dengan memakan makanan yang sihat dan senaman yang kerap.
- Sakit kepala
- Pening
- Perubahan mood, kemurungan
- Kembung
- Kesakitan / ketidakselesaan perut
Justeru, haid tidak teratur adalah efek samping daripada pengambilan suntikan perancangan yang boleh anda jangkakan
Untuk mengetahui jika ubat ini sesuai untuk anda ambil atau tidak, sila rujuk kepada pihak kami di link ini (DoctorOnCall) secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih