Sulit
5 tahun
Masalah haid yang berpanjangan. Dakah akibat dari maasalah tiroid berlakunya punca haid yang berpanjangan itu berlaku
Hi doktor.saya wanita berumur 34tahun dan saya mempunyai masalah tiroid. Masalah sy sekarang adalah haid saya berpanjangan. Sy menggunakan perancang keluarga iaitu implanon…pertam kali saya mengalami masalah haid berpanjangan ialah. Pada 26.12.2019 sy alami haid lain dr biasa…walaupon kitaran pd waktu itu betul, tp sy mengalami heavy flow dan pada haritu juga sy mengalami masalah darah beku yg keluar dr faraj, terlalu byk…hampir 15kali darah beku berketul itu keluar, sehingga saya dapat merasainya jika ia nak keluar… Pada 27.12.2019 sy ke hospita dan doktor telah bekalkan saya ubat utk berhentikan pengaliran darah (TRANEXAMIC 250MG)
so far pengaliran sy ok…sy alami semula haid pd 1.2.2020 sehingga 17.2.2020 darah sy berhenti, tetapi pd 21.2.2020 ia dtg semua dan pada 27.2.2020 is jadi sekali lagi heavy flow N sy ulang makan ubat yg di bekalkan da. Sehingga kini 11.3.2020 masih ada darah haid itu…harini berlaku lagi masalah heavy flow itu dan membuatkan sy terpaksa menukar tuala wanita dan ke tandas berulang kali…pada 20.1.2020 saya telah pergi ke klinik swasta utk membuat pemeriksaan…doktor telah scan rahim sy dan doktor tidak menemui ap2. Rahim sy di katakan sihat dan dlm keadaan baik…doktor berkata mungkin ia berlaku kerna sy berada dlm keadaan peat atau stress…tp sy akui pd tarih2 yg sy nyatakan di atas, memang sy mengalami masalah penat dan stress akibta kerja dan sebagainya. Soalan sy adalah…adakah asalah penat dan stress ini puncanya atau masalah tiroid yg saya hadapi… Doktor diagnosis tiroid sy adalah hypertiroid…walaupon leher sy menghasikan satu bengkakkan…tp ia tidak sakit…apa pendapat doktor
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya hafam tentang masalah haid berpanjangan yang anda sedang hadapi. Terdapat pelbagai faktor-faktor yang boleh menyebabkan gejala yang anda hadapi seperti:
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui
- Kanser rahim atau serviks - gejala lain seperti hilang berat badan dan lemah
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ibuprofen/aspirin yang mencairkan darah
- Masalah tiroid
- Tekanan
- Gaya hidup aktif
Untuk makluman anda, kedua-dua tekanan emosi/ stress dan masalah tiroid juga boleh menyumbang kepada haid berpanjangan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































