Sulit
6 tahun
Masalah haid yang berpanjangan dan pendarahan terlalu kerap
Saya remaja berumur 20 tahun…belum berkhawin…tapi doktor…haid saya untuk bulan ni sangat teruk…saya mengalami pendarahan yang sangat kerap…dan memberi impak kepada saya…perut saya terlalu sakit dari awal haid…sampai la hari ke7 sekarang ni…apekah ni symptom cyst atau fibriod…dan anak dara boleh kena cyst atau fibriod jgk ke doc? Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Haid berpanjangan adalah apabila haid berjalan lebih daripada 8 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Merujuk kepada pertanyaan anda tentang cyst, adalah dimaklumkan bahawa penyakit seperti ovarian cyst contohnya adalah merupakah sejenis kondisi fisiologis yang dapat mengenai wanita muda dan akan hilang sendiri dalam beberapa minggu.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































