Sulit
3 tahun
Masalah haid yang telah terhenti sejak 2016 hingga kini
Saya berumur 26yahun perempuan dan mengalami masalah haid sejak dari pertama kali saya mengalami haid. Haid saya tidak menentu tetapi sebaik usia menginjak 17tahun haid saya hanya datang setahun dua kali dan apabila menginka umur 21 haid saya telah mula keluar dua tahun sekali sehingga lah pada tahun 2017 saya mengambil ubat bagi mengeluarkan darah haid. Kerana saya tidak lagi boleh keluar darah haid secara normal. Apa yang perlu saya lakuakn?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah hormon yang mungkin disebabkan oleh gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif, tekanan emosi, kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui rawatann serta langkah yang perlu anda lakukan, punca masalah yang anda hadapi haruslah dikenalpasti terlebih dahulu. Untuk itu, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.